By: Mira Johar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Feb-2009 01:40 Email | Share | Bookmark
Holiday at PD (Part 1) & Jawab TAG

Dari 29 Jan hingga 2 Feb 2009 Mira ngan Hubby berholiday kat PD. Lebih syok lagi kami bercuti bersama rakan2...dah lama tak bercuti rasa hapi sangat...macam2 aktiviti kitaorang. tapi yang paling utama... mandi lah...kejap mandi laut kejap mandi pool. pastu ada jugak jenjalan sekitar PD ni.

Mira ngan Hubby dah berada kat sana dari 29 lagi cuma kenkawan sampai sana pada 31 Jan. Mira kena gi awal sbb hubby ada seminar kat sana. pastu hubby ajak sbb boleh holiday sekali. Disebabkan nanti cuti lama kitaorang call lah kenkawan yg nak lepak kat sana....so dapat lah 4 famili yg ikut sama. Mira ni 1 perangai....kalau nak bercuti suka pergi ramai-ramai...baru best....tapi bilik asing-asinglahhhh...

JOMLAH LAYAN SEBAHAGIAN GAMBAR PERCUTIAN MIRA KAT SANA....

Inilah Apartment Penginapan kami selama beberapa hari berada kat sana...Apartment mmg besar..kitaorang booking 2 apartment. 1 tu 3 bilik 1 tu 2 bilik. setiap apartment dah lengkap dengan segala keperluan asas...


Ini lah aktiviti yang paling best sekali. Aktiviti mandi-manda... ada banyak lagi gambar mandi tapi ini ajelah yg dapat mira tunjuk...kang termuntah plak




Dah puas mandi pool kitaorang berendam plak kat pantai...pagi2 mandi pantai best sangat sbb air jernih dan panas....bangun tido gosok gigi terus gi laut...jimat betol air kat apartment tu...


Ni plak sekitar makan malam kami. Kitaorang memasak sendiri. Seorang mesti masak 1 jenis makanan pastu makan beramai-ramai...wahhh best...tapi mira tengok masakan mira yang paling laju dan habis licin....sedap kot.... (puji diri sendiri)


ADA LAGI GAMBAR...TAPI NANTIKAN PART SETERUSNYA....MALAS NAK UPDATE BANYAK2 GAMBAR....JANGAN LUPA YE..NANTIKAN PART SETERUSNYA.......

Ni plak edisi nak jawab TAG....silalah baca mengenai diri mira ni...

PERATURANNYA:-
1. Copy badge "2008 Cute's 3logger Award" di atas untuk diletakkan di blog anda.


2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda
Dapat dari KAK AINI ( http://aini-ann.fotopages.com/ )

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1) Paling suka makan...tak kisahlah apa pun boleh...asal tolak kayu, batu ngan pasir je. kalau nak bawak mira belanja makan gerenti tak rugi punya....gerenti habis punye

2) Suka beli pakaian sampai almari kat umah nak roboh dah (tunggu masa je tu ) kalau beli pakaian baru kena sorok dari pengetahuan hubby kalau tidak dia membekal sampai menanah telinga ni. sbb nyer dia dah naik pening tengok almari mira yang bersepah dan sarat ngan pakaian...hihihihi....

3) Suka sangat mengalih perabot kat rumah. lebih sebulan mulalah kepala ni naik semak dengan susun akur perabot yg sama....apa lagi...mulalah operasi menyusun kembali....ha....ini yg selalu kena marah ngan hubby sbb mira selalu angkat benda berat....doc nasihatkan mira x leh angkat benda berat sbb masalah rahim....abis tu kalau x mira yang buat siapa nak buat lagi kan....

4) nak rumah sentiasa dalam keadaan yang bersih dah rapi. percaya tak dalam sehari mau 10 kali mira menyapu....x nak sedikit habuk atau kotoran ada kat lantai....rasa kaki ni semak dengan sampah...mmg hobi menyapu dan mengemas pun.

5) perkara yang paling mira malas nak buat susun kain dalam almari...lepas lipat je terus blah...kalau lipat kat ruang tamu kat situ lah mira tinggal....hubbylah tukang kutip dan susun dalam almari...kalau nak mira susun alamatnya mira bukan susun tapi sumbat aje dalam almari tu....kah....kah....kah....

6) suka sangat shopping online antaranya kat wanitamelayu.com.....rasanya mau beribu dah habis beli kat situ. setakat ni membeli kat situ mmg berbaloi dan puas hati...tak kiralah apa pun beli...mau dari segi pakaian, kasut, brg kecantikkan dan kesihatan, handbag, kain, accessories wanita, tudung, kain cadar, kain langsir siap tempat dan macam-macam lah.....

7) mira ni kalau dah ketawa susah nak berhenti...sampai keluar air mata dan sampai sakit perut lah...siapa yg kenal rapat dengan mira mmg dah tahu bena dengan perangai ketawa mira tu...langsuir pun takut nak dengar mira ketawa....

suka melayari internet....macam2 mira buat...baca forum lah...update fp, frriendster, fb dan macam2 dan sekarang tengah berjinat nak buat blog....tunggulah ada masa nanti mmg nak buat blog sendiri.

9) mira ni tak leh kena tengking..mulalah mengalir air mata....pastu kuat merajuk...mira punya merajuk selagi tak pujuk berhari, berbulan dan bertahun pun boleh merajuk lagi. tak tahulah nak buang sikap ni macam mana.

10) seorang pencinta haiwan lebih2 lagi kucing ngan arnab.....kucing lah paling best sekali..sekarang kat umah pun mira ada 3 ekor kucin jantan percian...sekarang musin mengawan kot kucin kat umah bising arrr...nak mengawan....mana plak mira nak cari betina ni....kadang2 tu kucing kelaparan pun mira siap bawak balik rumah kasi makan dan tido...pastu letak balik kat luar...kesian arrr....

4. Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog
rasanya ramai jugak yang kena tag..so mira pun tak tahu nak tag siap plak....sbb ramai dah jawab tag....

Inilah saja jawapan dari Mira....ikhlas dari lubuk hati ini (ewah...ucapan selalu dari hubby untuk mira )



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net