By: Mira Johar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 9-Jan-2009 07:15 Email | Share | Bookmark
Majlis Kawin @ Bachok Kelantan

Sebenarnya ni citer masa mira bercuti tempoh hari. Mira sekeluarga balik kelantan sebab sepupu mira kawin. Mira bertolak pada 25/12/2005 jam 5 pagi. Perjalanan agak sunyi sikit sebab tak banyak keter pun...kalau lori jangan cakaplah banyak jugak. Letih nak memotong nyer. Dari Karak sampai Kelantan asyik hujan je. So hubby mira tak drive laju sangat....sbb mira asyik bising....yelah bahaya kan. Sepanjang perjalanan Mira sekeluarga mmg tak singgah makan pun. Cuma berhenti isi minyak dan buang air, cuma beli roti dan air untuk bekalan dalam keter. Bukan apa orang kat kampung menunggu kami untuk berarak kat umah perempuan lepas sembahyang zohor nanti. Takut tak sempat plak....nak tak nak kena tahan lah sikit....Mira selamat sampai kampung jam 12.45 tghari.

Perkahwinan kat Kelantan ni tak ada pelamin tau. Baik belah lelaki mau pun belah perempuan. Mereka cuma ada sessi bergambar dalam bilik aje. memandangan bilik pengantin ada kecik tak dapatlah ramai sangat nak masuk. Masa tu mmg dah rimas dah...dengan ramai orang nyer...ngan baju basah lagi...last2 keluar...makan.....lagi sedap









View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net