By: Mira Johar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 3-Jun-2008 00:40 Email | Share | Bookmark
Karnival Jom Heboh, Bukit Jalil

Ahad lepas mira ngan hubby tak melepaskan peluang pergi ke Karnival JomHeboh. Boleh dikatakan saban tahun mesti pergi, bukan apa...makanan semuanya murah siap berpakej lagi. Selalunya mesti balik malam tengok konsert tapi kali ni tak dapat nak join sama hubby ada lawan futsal plak...tak dapat nak tengok Faizal Tahir. Mira cuma sempat tengok Adam AF, Aizat AF ngan Ella masa buat raptai..kira oraitlah tu.....

Orang jangan cakap ler...ramai giler...pastu ada bermacam bau...paling tak tahan ada sekumpulan gadis yang seksi giler sampai mira pun tak sanggup nak nengok...agaknya tak cukup duit nak beli kain kot. Mira ada curi2 ambik gambar mereka tapi tak sanggup plak nak kongsi kat sini.....memang tak tahan menengoknya



Bergambar ngan Azwan Ali yang lezer...tapi sebenarnya mmg dia OK...peramah sangat...mulut dia mmg tak boleh diam....penat nak dengar celoteh dia...

Mira mmg minat sangat ngan Ally Iskandar...ni pun dapat tangkap dia masa dia nak gi pentas...masa dia lalu depan mata terus mira panggil dia....sportinglah dia...datang terus berposing...


Ini adalah makanan yang mira beli...sebenarnya banyak lagi nak beli tapi disebabkan datang naik motor tak bolehlah nak beli bebanyak....tak kuasa nak bawak kereta....kesesakkan yang terlampau...silap hari bulan kena saman lah plak....


NANTI KAN N3 MIRA SETERUSNYA...GELAGAT MIRA NGAN HUBBY KAT KARNIVAL JOM HEBOH...LO BELUM SIAP LAGI DAAAAA......


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net