By: Mira Johar

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 27-Feb-2008 06:22 Email | Share | Bookmark
Rindu Pada Yang Tiada

Allahyarhamah Junaidah Jamaludin ada satu-satunya adik ipar perempuan yang Mira ada. Tapi Allah lebih menyayangi beliau. Beliau telah pergi buat selamanya pada 07/10/2006 diusia 27 tahun kerana penyakit Jantung berlubang..beliau telah menjalani pembedahan tapi selepas setahun akibat komplikasi beliau pergi jua....Beliau telah meninggalkan tunang tersayang yang banyak berkorban menjaganya sepanjang beliau dirawat di IJN. Mira dengan arwah memang amat rapat...kami seperti kawan yang amat baik...

Sepupu hubby mira yang scankan gambar lama2 ni. terima kasih kat Norlie sebab emailkan kat Kak Mira...

Daripada gambar ni hilang kemana...Mira rasa lebih baik Mira sematkan kat FP Mira ni..tanda ingatan yang tidak akan luput dari ingatan Mira. Bila terasa rindu...Al-Fatihah Mira sedekahkan
menjadi bekalan untuknya disana...






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net